SMK Bukit Jalor Blog

BERILMU DAN BERSUSILA

Dari Meja Pengetua

EN. KAMARULZAMAN BIN HASANUDDIN

EN. KAMARULZAMAN BIN HASANUDDIN

Assalamualaikum wbt

Saya harap blog ini dapat menjadi wadah kepada semua warga SMK Bukit Jalor merakamkan segala peristiwa hari ini agar dapat mencipata sejarah kecemerlangan diri untuk hari esok. Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah bagi kita pada hari esok. Semoga segala kejayaan dan pencapaian kita dalam sahsiah,akademik,kerohanian dan ko-kurikulum dapat melahirkan warga negara Malaysia yang patuh pada ajaran agamanya dan taat setia kepada negara tercinta ini,

Untuk para guru diharapkan dapat  menjadi seorang pendidik yang “caring” terhadap anak-anak didiknya. Kenal semua pelajar yang diajar bukan setakat nama mereka malahan kenal siapa ibu dan bapa mereka , tahu di mana tempat tinggalnya dan dapat menerimanya seolah-olah seperti mendidik “anak sendiri”. Kejayaan seorang guru bukan terletak kepada keputusan peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu ialah ketika dapat berjumpa mereka satu hari nanti berjaya dalam kehidupannya.

“Biar kita pendidik kaya dengan doa-doa anak didik kita sepanjang masa”. Bukan kaya harta benda dunia. Sihatnya kita hari ini adalah dek kerana  doa-doa bekas anak-anak didik yang sayang kepada kita. Kita pernah menjadi murid satu ketika dulu dan kita juga ada guru-guru yang kita sayangi.Jadilah seperti guru-guru kita dahulu yang kita sayangi agar kehangatan menjadi guru sentiasa tergbakar dan membara dalam diri kita.

Seuntai kata menyimpul bicara, sakali lagi saya ingin menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan guru semua agar jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam.

“HIDUP INI SEPERTI PEPERIKSAAN”

“HIDUP INI SEPERTI PERNIGAAN”

Sekian,wassalamualaikum wbt.

6 Responses to “Dari Meja Pengetua”

  1. fazlina said

    assalammualaikum……….
    tahniah dapat menghasilkan web sendiri……..

  2. zulbestari said

    Tahniah, sebagai bekas pelajar KE VII, kini telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang seorang pengetua. Semoga suatu hari nanti berpeluang menjadi pengetua di SMKE VII. Selamat maju jaya !

  3. Sawff Qhaffi said

    dari meja Qhaffi:

    ~Semangat~
    Semangat dalam perjuangan, tak sebatas tekad yang membakar, tapi semangat dalam perjuangan besertakan niat, do’a dan perbuatan

    ~Ilmu~
    Ilmu itu bagaikan air yang tergenang kalau tidak di sampaikan, ilmu juga bagaikan air yang keruh kalau disampaikan tidak disertai pengamalan

    ~Dunia~
    Dunia ini diciptakan bukan untuk dsesali, tapi dunia ini dicipatakan adalah untuk dihadapi

    ~Wanita~
    Wanita itu bagaikan mahkota yang berkilau, sekali-kali jangan pernah sakiti mereka

    ~Hati~
    Hati itu dipenuhi dengan nilai Illahi, sekali-kali jangan pernah kotori hati itu

    ~Tangan~
    Apa gunanya tangan kalau tidak dipergunakan, apa juga manfaat tangan kalau dipergunakan untuk kemaksiatan,

    ~Mata~
    Mata itu umpama satelit, sekali-kali jangan salah dipergunakan

    ~Kata~
    Kata bagaikan peluru penyentuh hati,maka spadailah kata itu

    ~Teman~
    Sebaik-baik teman itu adalah yang berkata benar, bukan yang membenarkan kat-kata, maka

    ~Tapi~
    Tapi kalau nk blja belaja je la!!!!

  4. wak jie said

    Assalamualaikum w.b.t
    Salam hormat utk tuan pengetua….
    Tugas guru tak semudah dan sama macam zaman persekolah saya sekita 70an-80an.Justeru itu guru hari nie kena lebih sabar.Zaman saya,sebut guru displin,kecut perut..nampak bayang dah lari…tak de la macam hari nie,sanggup memukul cikgu.Gunting rambut,seluar,rotan tu biasa…tapi hasilnya…jadi org la hari nie..bagi saya,(pelajar yg temberang & terbuang ni) sistem pendidikan Malaysia kena kaji balik,kalau tak…sumbertenaga manusia akan dtg lebih parah..apa pun cikgu-cikgu banyak le bersabar,terus dedikasi utk periuk nasi sendiri…jgn sampai kena saman dgn mak/bapak yg tak berapa pandai mengajar anak sendiri….

  5. k.zaman said

    Assalamualaikum wbt.Terima kasih atas pandangan rakan-rakan kita.Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam mendidik pelajar masa kini.Cabaran semakin banyak.Inilah peluang kita untuk beramal untuk menjadi bekalan di hari kemudian.Harap kita dapat bersama memainkan peranan masing-masing seperti orang tua kita dahulu.”Anak seorang tetapi yang menjaganya semua”.

  6. tahniah cikgu.
    semoga smk bukit jalor terus cemerlang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: