SMK Bukit Jalor Blog

BERILMU DAN BERSUSILA

Profil Sekolah

SMKBJ

SMKBJ

FALSAFAH SEKOLAH

Falsafah sekolah adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sego akhlak, akademik da kokurikulum agar menjadi warganegara yang berilmu dan bertanggungjawab terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

VISI

SMKBJ berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang terbaik di kalangan terbilang di Negeri Sembilan

MISI

Kami beriltizam untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan membentuk budaya taqwa kepada semua pelajar bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mengamalkan proses kerja berkualiti untuk menguatkan kebolehan masing-masing ke arah kecemerlangan di samping memiliki akhlak yang mulia melalui permuafakatan dan penambah baikan yang berterusan.

MOTO SEKOLAH

BERILMU DAN BERSUSILA

SEJARAH SEKOLAH

Sek. Men. Keb. Bukit Jalor (SMKBJ) diasaskan pada tahun 1971. Ia terletak dalam daerah Tampin. Keseluruhan pelajarnya adalah dari kampung-kampung sekitar, estet-estet, Felda Bukit Jalor dan kawasan Pekan Air Kuning Selatan yang berhampiran.

Pada awal penubuhannya, para pelajar menumpang di Sekolah Kebangsaan Air Kuning Selatan dan Balai Raya Air Kuning Selatan. Pelajar-pelajar berpindah masuk pada pertengahan penggal kedua 1974 apabila blok bangunan mengandungi bilik-bilik darjah dan makmal sains, sebuah bengkel Seni Perusahaan dan sebuah kantin siap di bina. Sebuah padang permainan juga turut di bina. Di peringkat permulaannya, SMKBJ mempunya 6 orang tenaga pengajar dan 74 orang pelajar dari kedu-dua aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1978, sebuah lagi blok tambahan mengandungi 6 bilik darjah di bina bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah. Pada tahun 1087, sebuah surau di bina atas usahasama PIBG dan masyarakat setempat. Dua unit rumah guru juga di bina pada tahun 1987. Kemudiannya pada tahun 1993 satu blok 8 bilik darjah, satu blok bengkel KHB, satu blok makmal sains dan sebuah rumah hijau siap di bina. Pada 1.Sept.1996 SMKBJ telah mengadakan sambutan Jubli Perak yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Kemudian pada tahun 2001 sebuah makmal komputer pula telah di bina. Menjelang akhir tahun 2003, kompleks baru SMKBJ hampir siap di bina sepenuhnya mengandungi dua buah blok bangunan 4 tingkat, satu blok 2 tingkat makmal sains, satu blok 2 tingkat KHB, sebuah dewan besar, sebuah dewan serbaguna, sebuah kantin dan sebuah padang permainan.

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor
Alamat : 73200 Gemencheh Negeri Sembilan
Talefon : 06-4479305
Fax : 06-4479305

5 Responses to “Profil Sekolah”

  1. PAK MAN said

    SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA STAF SMK BUKIT JALOR TERSYANG….

  2. wak jie said

    Assalamualaikum w.b.t….
    Terima kasih & Tahniah atas apa jua pengorbanan guru khasnya guru2 SMKBJ.Guru hari ini tak sama macam guru masa zaman persekolah saya…tahun 70an-80an coz cabaran & karenah manusia moden(kononnya) hari ni,Memang kadang rasa marah dgn isteri yg bertugas kat SMKBJ coz sometime rasa sekolah lebih utama dari suami & anak2.Apa daya aliran pemikiran & politik Malaysia banyak berubah, ke arah kemajuan negara tapi pemikiran & budaya melayu semakin rosak…terus mendidik dgn penuh keikhlasan walau gaji itu perlu utk makan….Sabar kita subur,tak sabar masuk kubur….

  3. zarina mohamad said

    kepada kawan-kawan yang sama menuntut pada tahun 1979-1981 sila hubungi saya di alamat e mail saya. harap dapat menjejaki semua kawan-kawan di tingkatan 1B, 2A & 3A.

  4. zarina mohamad said

    kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di Tingkatan 1B, 2A & 3A tahun 1979-1981 juga diharap dapat menghubugi saya di irrina66@yahoo.com. budi baik cikgu semua sangat saya hargai.

  5. IRA CUET said

    SELAMAT ARI GURU UNTK GURU-GURU SMK BUKIT JALOR

Leave a comment